Wednesday, November 18, 2009

ESQ=SC2

Assalamualaikum. PAGI!

Basic Training, sudah...

MCB Training, sudah...

Parenting, pun sudah...

Kemudian......

Tuesday, November 17, 2009

Perjuangan

Assalamualaikum. Pagi!

Dipanjatkan doa agar Allah swt senentiasa memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua. Amin.

Saya sekadar ingin berkongsi rasa setelah saya menghayati nasyid dari Kumpulan Nada Murni ini. Ia sangat menyentuh kalbu sehingga tidak sedar air mata mengalir. Marilah sahabat-sahabat sekelian, kita sambung perjuangan Rasulallah SAW setelah kita menyakini bahawa kitalah umatnya yang disebut-sebut sebelum kewafatan Baginda.

Monday, November 9, 2009

ESQ165 Basic Training JB19

Assalamualaikum..PAGI!

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah, Tuhan Pentadbir Sekian Alam, kerana semalam berakhirnya ESQ Training JB19 di Hotel New York, JB.

Dengan Kebesaran dan Rahmat Allah yang tidak terhingga, Training tersebut berjalan dengan sangat lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah. Terima Kasih Allah.

Juga, sebagai Alumni dan ATS JB19, kami ingin merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada Pak Trainer kita, Pak Rashid dan Abang Akmal yang telah berjaya mengendalikan training dengan sungguh meyakinkan dan berkesan.

Bukan hanya para Alumni dan ATS yang merasakan demikian, malahan para peserta juga memuji para trainer kita. Ditambah pula dengan ulasan / sharing oleh Guest kita, Ustaz Dr Ismail dari Pusat Islam UTM Skudai (beliau memiliki PhD dalam pengajian Islam). Beliau sangat berterima kasih kerana dijemput menghadiri training ini setelah banyak mendengar desas-desus dari luar mengenai training ESQ ini - ada yang positif dan ada yang negatif. Tetapi setelah mengikuti training penuh selama 3 hari, beliau berkata tiada satu pun materi dalam training ini yang bercanggahan dengan Islam, malah training ini sepatutnya disebarluaskan lagi agar setiap orang boleh merasai kebahagiaannya.

Diakhir perjalanan training ESQ JB19, Ustaz Dr Ismail telah diberikan penghormatan membaca doa penutup. Doa yang sangat menyentuh perasaan semua yang ada di dalam dewan. Doa yang datangnya dari hati suci murni seorang Ustaz. Hampir semua yang ada di dalam dewan menitiskan air mata termasuklah Ustaz Dr Ismail sendiri.

Terima kasih Allah kerana telah memilih kami antara bilionan hambaMu, bagi merasai kebahagian keikhisanan, keimanan dan keislaman dariMu, Allah.

Thursday, June 25, 2009

Indahnya Al Quran

Assalamualaikum..PAGI!

Apa khabar sahabat alumni sekelian. Semoga Allah akan sentiasa menetapkan hati kita kepada 165 (Ikhsan, Iman dan Islam). Dan sama-samalah kita memohon kepada Allah agar kita berupaya menjaga hati kita setelah kita sama-sama menyucinya dengan linangan air mata keinsafan.

Kita telah sama-sama meyakini bahawa Al Quran adalah ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (SAW). Al Quran adalah mukjizat. Ia menerangkan perkara-perkara yang telah berlaku serta natijahnya dan juga amaran-amaran bagi kaum-kaum dimasa ini dan yang akan datang. Tapi, selain dari itu, Al Quran ialah ayat-ayat suci Allah yang sangat indah bila dibaca atau didengar. Marilah kita sama-sama menghayati MUKJIZAT Allah ini.

Friday, June 12, 2009

Sharing Dari Mufti Perak, SS Tan Sri Harussani Zakaria

Assalamualaikum..PAGI!

Alhamdulillah, saya baru sahaja mengikuti sharing dari Yang Berbahagia Mufti Negeri Perak, SS Tan Sri Harussani Zakaria yang baru sahaja mengikuti Training ESQ di PICC minggu lepas.

Apa yang saya nak ucapkan ialah..SYUKUR Alhamdulillah, Terima Kasih ALLAH. YB Mufti memberikan komen yang positif dan ini telah menaikkan semangat saya untuk terus berjuang bersama-sama sahabat-sahabat Alumni yang lain untuk menyebarluaskan lagi ESQ165 di bumi Malaysia ini.

Friday, May 22, 2009

TOTAL ACTION!

Salam 165 sahabat Alumni semua, semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati anda.

Sejak kebelakangan ini, ESQ telah mendapat perhatian yang sangat baik dari saudara-saudara kita sesama Muslim. Alhamdulillah, tanpa izin Allah semua ini tidak akan terjadi. Terima kasih Allah.

Walaupun begitu, kita mungkin tidak akan dapat merasai lagi kemanisan modul-modul yang disampaikan oleh para trainer sekiranya ia diubah suai, dipinda atau digantikan dengan sesuatu yang asing bagi kita. Sebagai Alumni, kita mungkin masih hafal segala pergerakkan anggota badan kita menyanyikan lagu Demi Matahari, dan pada saya yang sangat cetek ilmu ini, merasakan pergerakkan badan itu tidak menyalahi hukum (sila betulkan saya kalau saya salah).

Oleh itu, sahabat-sahabat Alumni yang saya cintai, lakukanlah TOTAL ACTION anda dengan melawati site ini (www.ipetitions.com/petition/petition165) demi menyelamatkan modul ESQ 165 yang telah sebati dengan jiwa kita. Wassalamualaikum..