Wednesday, November 18, 2009

ESQ=SC2

Assalamualaikum. PAGI!

Basic Training, sudah...

MCB Training, sudah...

Parenting, pun sudah...

Kemudian......

Tuesday, November 17, 2009

Perjuangan

Assalamualaikum. Pagi!

Dipanjatkan doa agar Allah swt senentiasa memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua. Amin.

Saya sekadar ingin berkongsi rasa setelah saya menghayati nasyid dari Kumpulan Nada Murni ini. Ia sangat menyentuh kalbu sehingga tidak sedar air mata mengalir. Marilah sahabat-sahabat sekelian, kita sambung perjuangan Rasulallah SAW setelah kita menyakini bahawa kitalah umatnya yang disebut-sebut sebelum kewafatan Baginda.

Monday, November 9, 2009

ESQ165 Basic Training JB19

Assalamualaikum..PAGI!

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah, Tuhan Pentadbir Sekian Alam, kerana semalam berakhirnya ESQ Training JB19 di Hotel New York, JB.

Dengan Kebesaran dan Rahmat Allah yang tidak terhingga, Training tersebut berjalan dengan sangat lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah. Terima Kasih Allah.

Juga, sebagai Alumni dan ATS JB19, kami ingin merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada Pak Trainer kita, Pak Rashid dan Abang Akmal yang telah berjaya mengendalikan training dengan sungguh meyakinkan dan berkesan.

Bukan hanya para Alumni dan ATS yang merasakan demikian, malahan para peserta juga memuji para trainer kita. Ditambah pula dengan ulasan / sharing oleh Guest kita, Ustaz Dr Ismail dari Pusat Islam UTM Skudai (beliau memiliki PhD dalam pengajian Islam). Beliau sangat berterima kasih kerana dijemput menghadiri training ini setelah banyak mendengar desas-desus dari luar mengenai training ESQ ini - ada yang positif dan ada yang negatif. Tetapi setelah mengikuti training penuh selama 3 hari, beliau berkata tiada satu pun materi dalam training ini yang bercanggahan dengan Islam, malah training ini sepatutnya disebarluaskan lagi agar setiap orang boleh merasai kebahagiaannya.

Diakhir perjalanan training ESQ JB19, Ustaz Dr Ismail telah diberikan penghormatan membaca doa penutup. Doa yang sangat menyentuh perasaan semua yang ada di dalam dewan. Doa yang datangnya dari hati suci murni seorang Ustaz. Hampir semua yang ada di dalam dewan menitiskan air mata termasuklah Ustaz Dr Ismail sendiri.

Terima kasih Allah kerana telah memilih kami antara bilionan hambaMu, bagi merasai kebahagian keikhisanan, keimanan dan keislaman dariMu, Allah.

Thursday, June 25, 2009

Indahnya Al Quran

Assalamualaikum..PAGI!

Apa khabar sahabat alumni sekelian. Semoga Allah akan sentiasa menetapkan hati kita kepada 165 (Ikhsan, Iman dan Islam). Dan sama-samalah kita memohon kepada Allah agar kita berupaya menjaga hati kita setelah kita sama-sama menyucinya dengan linangan air mata keinsafan.

Kita telah sama-sama meyakini bahawa Al Quran adalah ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (SAW). Al Quran adalah mukjizat. Ia menerangkan perkara-perkara yang telah berlaku serta natijahnya dan juga amaran-amaran bagi kaum-kaum dimasa ini dan yang akan datang. Tapi, selain dari itu, Al Quran ialah ayat-ayat suci Allah yang sangat indah bila dibaca atau didengar. Marilah kita sama-sama menghayati MUKJIZAT Allah ini.

Friday, June 12, 2009

Sharing Dari Mufti Perak, SS Tan Sri Harussani Zakaria

Assalamualaikum..PAGI!

Alhamdulillah, saya baru sahaja mengikuti sharing dari Yang Berbahagia Mufti Negeri Perak, SS Tan Sri Harussani Zakaria yang baru sahaja mengikuti Training ESQ di PICC minggu lepas.

Apa yang saya nak ucapkan ialah..SYUKUR Alhamdulillah, Terima Kasih ALLAH. YB Mufti memberikan komen yang positif dan ini telah menaikkan semangat saya untuk terus berjuang bersama-sama sahabat-sahabat Alumni yang lain untuk menyebarluaskan lagi ESQ165 di bumi Malaysia ini.

Friday, May 22, 2009

TOTAL ACTION!

Salam 165 sahabat Alumni semua, semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati anda.

Sejak kebelakangan ini, ESQ telah mendapat perhatian yang sangat baik dari saudara-saudara kita sesama Muslim. Alhamdulillah, tanpa izin Allah semua ini tidak akan terjadi. Terima kasih Allah.

Walaupun begitu, kita mungkin tidak akan dapat merasai lagi kemanisan modul-modul yang disampaikan oleh para trainer sekiranya ia diubah suai, dipinda atau digantikan dengan sesuatu yang asing bagi kita. Sebagai Alumni, kita mungkin masih hafal segala pergerakkan anggota badan kita menyanyikan lagu Demi Matahari, dan pada saya yang sangat cetek ilmu ini, merasakan pergerakkan badan itu tidak menyalahi hukum (sila betulkan saya kalau saya salah).

Oleh itu, sahabat-sahabat Alumni yang saya cintai, lakukanlah TOTAL ACTION anda dengan melawati site ini (www.ipetitions.com/petition/petition165) demi menyelamatkan modul ESQ 165 yang telah sebati dengan jiwa kita. Wassalamualaikum..

Friday, February 27, 2009

KEBESARAN ALLAH

Sahabat Alumni sekalian. Sebagai peringatan semula tentang penciptaan alam semesta ini oleh Allah S.W.T., marilah kita saksikan bagaimana Al-Khaliq menciptakan bumi tempat kita berpijak ini. Maha Suci Engkau Ya Allah, yang telah menjadikan bumi dan alam semesta ini untuk kami mengenali Mu Ya Allah. Terima Kasih Allah.

Tuesday, February 24, 2009

Al-Kuliyyah

InsyaAllah, semoga kita boleh sama-sama mengambil manfaat atas apa yang akan disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad ini.

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (1)
Powered by eSnips.com


Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (2)
Powered by eSnips.com


Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (3)
Powered by eSnips.com

Tuesday, February 10, 2009

Menuju Jalan Allah

Dalam perjalanan pulang selepas Perang Badar, Rasulallah s.a.w. telah bertemu dengan seorang wanita tua yang sedang menangis. Lalu Baginda bertanya kepada wanita tua itu, mengapa dia menangis. Dengan linangan air mata, wanita tua itu memberitahu Rasulallah s.a.w. bahawa dua orang anak lelakinya telah mati syahid dimedan perang kerana memperjuangkan Agama Allah.

Rasulallah s.a.w. kemudian bertanya lagi kepada wanita tua itu, adakah kematian kedua-dua anaknya itu yang menyebabkan dia bersedih dan menangis? Wanita tua itu menjawap, dia menangis kerana selepas ini beliau tidak mempunyai siapa-siapa yang akan bersama-sama Rasulallah berjuang bagi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

Subhanallah, seorang ibu tua yang mungkin bergantung harap dari kedua-dua anak lelakinya untuk meneruskan sisa-sisa hidup, meratap menangis kerana tidak berupaya membantu perjuangan Rasulallah. Betapa mulianya hati mereka, menegakkan kalimah Allah mengatasi kehendak peribadi. Bagaimana pula kita! Apakah yang telah kita lakukan demi membuka mata hati kesemua saudara mara, jiran handai, teman taulan dan keseluruh umat manusia untk meyakini akan kebenaran dan kebesaran Allah? Apakah segala usaha-usaha kita telah mencukupi?

Sahabat Alumni sekelian, inilah jihad kita. Inilah pedang kita. Inilah kuda kita untuk bersama-sama Rasulallah memperjuangkan 165, Ikhsan, Iman dan Islam. Marilah kita membantu saudara mara kita, rakan-rakan kita, merasai kebahagian dan kemanisan mengenali Allah dan Rasulallah. Training Executive (JB14) kita yang akan datang ialah pada 13 - 15 Mac 2009, manakala Training pertama MCB (Mission Statement & Character Building JB1 - Khusus untuk Alumni) ialah pada 30 - 31 May 2009.

Satria ESQ! Go..Go..Go..
Satria ESQ! Fight..Fight..Fight..
Satria ESQ! Win..Win..Win..

Friday, January 23, 2009

Training ESQ165

Berikut ialah sedutan dari Siri Model ESQ Way 165 oleh YBG Dr Ary Ginanjar Agustian (Pengasas ESQ Way165)

Hubungan Antara IQ, EQ dan SQ
Part 1



Part 2


Part 3

Tuesday, January 20, 2009

Mengingati ALLAH

Bacaan Al-Quraan




Demi Matahari

Monday, January 5, 2009

TRAINING ESQ JANUARI 2009

Salam 165 para Alumni.

Alhamdulillah, pihak ESQ Leadership Center Sdn Bhd dengan kerjasama ZMP Management & Training Centre (ZMP), akan mengadakan training pada 30, 31 Jan dan 1 Feb 2009 ini.

Jadi bagi sahabat-sahabat di Johor Bahru ini atau jiran-jiran kita di Singapura, eloklah mendaftarkan diri awal-awal, takut nanti terlalu ramai yang dah daftar, anda tak dapat tempat bagi training bulan Jan 09 ini. NEXT training kita ialah pada 13 - 15 March 2009.

Dan training ini merupakan sesuatu yang amat-amat Alumni JB dan Spore tunggu-tunggu, sebab boleh RE-CHARGE. Maklum, kalau lama-lama tak di re-charge kan minda dan hati tu, macam lemah je jiwa dan raga tu kan. Macam rechargable battery tu le, cuba biar lama-lama, lemah dia..sambung kat mentol, malap je, silap-silap tak menyala langsung. Tapi harap-harap, walau agak lama kita tak re-charge, jangan lah sampai malap hati kita ye!

Sebenarnya re-charge ni kita boleh buat sendiri pun, iaitu dengan selalu mendengar Asma Ul-Husna, baca Al-Quran, Selawat Atas Nabi, dsb..dsb.. Tapi, saya setuju dengan Alumni semua, tentulah tidak sama kan, bila kita duduk berteleku mengaminkan doa yang dibacakan oleh para Trainer kita dan dengan alunan irama yang semacam sudah sebati dengan jiwa kita, kita akan merasakan kembali detik-detik di mana, kita rasa begitu dekat dengan AL-Khaliq kita...Shubhanallah. Maha Suci Engkau Ya Allah, yang telah menciptakan sifat-sifat kelembutan dalam hati dan jiwa kami, Terima Kasih ALLAH.