Tuesday, December 30, 2008

Satria ESQ165 Johor

Assamualaikum Para Alumni Semua. Pagi!

Alhamudlillah, dipanjatkan kesyukuran yang teramat tinggi kepada ALLAH SWT kerana dengan IKHSANnya, kita masih menemui Tahun Baru 1430. Tahun 1430 ini amat bermakna pada kita kerana walaupun telah lebih 1400 tahun Pemimpin kita, Nabi Muhammad SAW, meninggalkan kita, kita masih lagi berupaya mengucapkan kalimah syahadah dengan sesungguhnya. Kalimah yang kita sebutkan bukan hanya dari mulut kita bahkan dari seluruh jiwa dan roh kita.

Syukur yang tak terhingga juga kerana kita telah menjadi salah seorang yang telah mengalami perjalanan training ESQ. Kerana selepas melalui training tersebut, kita telah yakin siapa diri kita sebenarnya, siapa Pencipta kita, dari mana asal kita, kemana kita akan pergi selepas ini, untuk apa kita ada di dunia ini....dsb..dsb..

Melalui ESQ165 juga kita mengalami pengalaman yang baru tentang kehidupan. Apa juga masalah samada pada kerja, famili dan apa juga masalah, InsyaAllah, kita hadapinya dengan tenang. Kerana keutamaan hidup kita sekarang adalah Keredhaan Allah.

ESQ165 juga membentuk kelompok persahabatan antara Alumni yang mana dengannya kita sharing apa juga peristiwa. Samada masa membuat walimatul urus, perjumpaan hari raya, makan-makan, atau membuat jariah di rumah-rumah kebajikan.

Alhamdulillah, pada 26 Disember 2008 (Jumaat) yang lalu, Alumni Johor telah melakukan jamuan ramah mesra di Rumah Sinar Harapan Jalan Datin Halimah Johor Bahru.



Satria ESQ! Go..Go..Go

Satria ESQ! Fight..Fight..Fight


Satria ESQ! Win...Win...Win...


Rumah Sinar Harapan ini didiami oleh kalangan anak-anak saudara kita yang mempunyai keistimewaan.

Wajah-wajah keriangan terukir sejak mula kumpulan Alumni menjejakkan kaki di sana, lebih-lebih lagi bila van membawa jamuan makanan sampai di kantin asrama....


Walaupun mereka nampaknya seperti kurang sempurna (maaf kalau bahasa agak kasar), tapi mereka nampak berdisplin, tenang dan mudah untuk diuruskan.

Tapi, pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah mereka memanggil kami Ayah dan Emak...

Walau kami pada awalnya rasa janggal, tapi akhirnya kami sedar bahawa mereka sebenarnya inginkan kemesraan dari seorang Ayah dan Emak.

Lihatlah betapa gembiranya EMAK Masila melayan anak-anak istimewa tersebut, senyum sampai telinga. Ialah, gembira dapat membantu insan-insan istimewa tersebut yang tidak mendapat belaian seorang yang dipanggil EMAK.











Wajah-wajah keriangan tampak terlihat dari Alumni yang sedang melayan tetamu istimewa mereka.







Para AYAH-AYAH sedang menjamu Ais Krim yang telah disedekahkan oleh EMAK Rozi. Terima Kasih EMAK...





Pihak Yang Dipertua Rumah Sinar Harapan mengucapkan ribuan terima kasih kepada EMAK Masila serta Alumni-Alumni yang telah memeriahkan majlis tersebut.

Bukan hanya makanan yang dibawa, tapi juga tudung diberikan kepada anak-anak yang Muslim.



Yang ni pula para EMAK-EMAK sedang bersembang Mak Alang sambil menjamu selera dengan Ais Krim. Selepas penat melayan tetamu istimewa mereka.

Para Alumni juga menghadiahkan 2 buah kerusi roda dan lampin pakai buang kepada anak-anak istimewa tersebut.

EMAK Rozi sedang melambaikan tangan sambil membawa oleh-oleh nya (Ais Krim).
EMAK Alumni kita ini tersenyum lebar berposing dengan anak-anak istimewa.
Mari-Mari..! Ada sapa-sapa nak tambah lagi..kata EMAK Yah.

Satria ESQ165 Johor