Tuesday, December 30, 2008

Satria ESQ165 Johor

Assamualaikum Para Alumni Semua. Pagi!

Alhamudlillah, dipanjatkan kesyukuran yang teramat tinggi kepada ALLAH SWT kerana dengan IKHSANnya, kita masih menemui Tahun Baru 1430. Tahun 1430 ini amat bermakna pada kita kerana walaupun telah lebih 1400 tahun Pemimpin kita, Nabi Muhammad SAW, meninggalkan kita, kita masih lagi berupaya mengucapkan kalimah syahadah dengan sesungguhnya. Kalimah yang kita sebutkan bukan hanya dari mulut kita bahkan dari seluruh jiwa dan roh kita.

Syukur yang tak terhingga juga kerana kita telah menjadi salah seorang yang telah mengalami perjalanan training ESQ. Kerana selepas melalui training tersebut, kita telah yakin siapa diri kita sebenarnya, siapa Pencipta kita, dari mana asal kita, kemana kita akan pergi selepas ini, untuk apa kita ada di dunia ini....dsb..dsb..

Melalui ESQ165 juga kita mengalami pengalaman yang baru tentang kehidupan. Apa juga masalah samada pada kerja, famili dan apa juga masalah, InsyaAllah, kita hadapinya dengan tenang. Kerana keutamaan hidup kita sekarang adalah Keredhaan Allah.

ESQ165 juga membentuk kelompok persahabatan antara Alumni yang mana dengannya kita sharing apa juga peristiwa. Samada masa membuat walimatul urus, perjumpaan hari raya, makan-makan, atau membuat jariah di rumah-rumah kebajikan.

Alhamdulillah, pada 26 Disember 2008 (Jumaat) yang lalu, Alumni Johor telah melakukan jamuan ramah mesra di Rumah Sinar Harapan Jalan Datin Halimah Johor Bahru.



Satria ESQ! Go..Go..Go

Satria ESQ! Fight..Fight..Fight


Satria ESQ! Win...Win...Win...


Rumah Sinar Harapan ini didiami oleh kalangan anak-anak saudara kita yang mempunyai keistimewaan.

Wajah-wajah keriangan terukir sejak mula kumpulan Alumni menjejakkan kaki di sana, lebih-lebih lagi bila van membawa jamuan makanan sampai di kantin asrama....


Walaupun mereka nampaknya seperti kurang sempurna (maaf kalau bahasa agak kasar), tapi mereka nampak berdisplin, tenang dan mudah untuk diuruskan.

Tapi, pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah mereka memanggil kami Ayah dan Emak...

Walau kami pada awalnya rasa janggal, tapi akhirnya kami sedar bahawa mereka sebenarnya inginkan kemesraan dari seorang Ayah dan Emak.

Lihatlah betapa gembiranya EMAK Masila melayan anak-anak istimewa tersebut, senyum sampai telinga. Ialah, gembira dapat membantu insan-insan istimewa tersebut yang tidak mendapat belaian seorang yang dipanggil EMAK.











Wajah-wajah keriangan tampak terlihat dari Alumni yang sedang melayan tetamu istimewa mereka.







Para AYAH-AYAH sedang menjamu Ais Krim yang telah disedekahkan oleh EMAK Rozi. Terima Kasih EMAK...





Pihak Yang Dipertua Rumah Sinar Harapan mengucapkan ribuan terima kasih kepada EMAK Masila serta Alumni-Alumni yang telah memeriahkan majlis tersebut.

Bukan hanya makanan yang dibawa, tapi juga tudung diberikan kepada anak-anak yang Muslim.



Yang ni pula para EMAK-EMAK sedang bersembang Mak Alang sambil menjamu selera dengan Ais Krim. Selepas penat melayan tetamu istimewa mereka.

Para Alumni juga menghadiahkan 2 buah kerusi roda dan lampin pakai buang kepada anak-anak istimewa tersebut.

EMAK Rozi sedang melambaikan tangan sambil membawa oleh-oleh nya (Ais Krim).
EMAK Alumni kita ini tersenyum lebar berposing dengan anak-anak istimewa.
Mari-Mari..! Ada sapa-sapa nak tambah lagi..kata EMAK Yah.

8 comments:

  1. Syabas!!!! Semoga Allah SWT sentiasa membimbing kita ke jalan yang di redhaiNYA. Bersyukurlah kerana Allah SWT telah menciptakan kita dalam keadan yang cukup sempurna and INGATlah ramai yang memerlukan kita di luar sana. Salam165

    ReplyDelete
  2. Salam... Terima kasih Allah dan terima kasih kepada Pak Blogger.. Kami berkongsi kebahagiaan dan ianya merupakan hadiah istimewa untuk kami... Thanks.. just tell us nak makan ape.. nasi lemak air kelapa? lempeng pisang? kacang pol? hehehe... sure sampai..

    ReplyDelete
  3. Salam 165 semua sahabat alumni Johor! Syukur hanya kepadaMu ya Allah . Izinkan lagi kami semua memberi kepada yang kekurangan kerana pastinya yang memberi itulah yang akan dikira dalam buku amalan. Banyakkan rezeki kami agar kami dapat memberi lebih banyak lagi.Subhanallah............
    Masila Masod

    ReplyDelete
  4. Salam takziah khas buat sahabat n pasangan ATS kami En Zailani & Pn Wahida serta keluarga atas pemergian Bonda tersayang. Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang orang yang soleha.Al Fatiha...

    ReplyDelete
  5. Asw Para Alumni, PAGI! Kami mengalu alukan pada para alumni yang sudi menyumbang tenaga dan masa untuk berkhidmat sebagai ATS (ALUMNI TRAINING SUPPORT )pada training akan datang. Pertama, kita hadir sebagai peserta, kemudian kita datang sebagai alumni untuk recharge untuk menambah atau memantapkan hati dan visi kita. Sekarang, marilah kita merasai kebahagian sebagai seorang penyumbang kepada 165.
    Hubungi kami
    ROHAYA - 019-7320978 or 017-7451165
    ROZIAH - 019-7718300
    HAMZAH - 013-7775553
    HANISAH - 017-7574821

    ReplyDelete
  6. Asw..PAGI! PENGUMUMAN ...

    PROGRAM ESQ DI DEWAN MERDEKA, KG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU.

    JUMAAT - 30JAN 2009 / 8.30MLM.
    MALAM RENUNGAN - Khas untuk para alumni sahaja.

    SABTU - 31JAN 2009 / 8.30MLM.
    MALAM PREVIEW - UMUM.
    Para alumni di galakkan membawa bersama keluarga dan kenalan. Datanglah beramai ramai...marilah kita sama sama memperkenalkan ESQ165 kepada umum. Alhamdulillah para alumni telah merasai dan mengenali siapa kita di bumi Allah SWT ini jadi marilah kita berkongsi dengan rakan rakan dan saudara kita di luar sana.

    SALAM165.

    ReplyDelete
  7. Asw,PAGI!

    Insyaallah,kami di ZMP Management & Training Centre selaku wakil ESQLC akan cuba sedaya upaya kami mengadakan aktiviti-aktiviti amal sumbangan para alumni di bulan bulan akan datang. Penglibatan dan cadangan para alumni sangat di alu alukan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu menyumbang tenaga dan apa jua yang termampu kepada mereka yang memerlukan. Praktikkan "angel principle" yang telah di ajarkan semasa training. Ingat pesanan Pak Trainer kita....Training sebenar bukan di dalam dewan tapi ketika kita melangkah kaki keluar dari dewan.

    Salam165.

    ReplyDelete
  8. Asw,PAGI! Sukarelawan ATS yang terpilih untuk bertugas pada ESQ Training Johor 13 ( 30,31 JAN & 1 FEB )sila hadir di Dewan Merdeka,Kg Melayu Majidee pada hari Khamis jam 7.30 malam bagi acara tahlil arwah bonda Pn Wahida dan doa selamat serta kesyukuran untuk perjalanan training tersebut. Bagi mereka yang berkelapangan untuk membantu persiapan di siang hari kamis sangat di alu alukan dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga.

    ReplyDelete